RAYYAN MIKAEL COUTURE
Collection on my design and my creativity idea
July 30, 2016
July 28, 2016
Fesyen Artis Berhari Raya Tahun 2016
Pasti ramai nak menyaksikan pilihan fesyen artis kesayangan ramai. Mungkin menjadi ikutan dan juga gaya fesyen masa akan datang. Kini fesyen Raya telah banyak mengikut arus perubahan dan telah banyak campuran barat. Namun keaslian fesyen tempatan masih menjadi ciri utama dalam setiap rekaan. Saksikan beberapa artis menggayakan fesyen pilihan tahun 2016.

















Restoran Milik Pereka Fesyen ROA By Jovian Mandagie
Pereka fesyen popular di Malaysia sapa lagi kalau bukan Jovian Mandagie. Setelah Berjaya mencipta nama sebagai pereka fesyen di Malaysia kini beliau mengorak langkah untuk business dalam dunia makanan pula. Maka lahirlah Restoran ROA by Jovian Mandagie pada tahun 2014. Terletak di Seksyen 7 Shah Alam restoran ini menyajikan hidangan cukup istimewa di bawa dari sana.

Kebanyakan makanan di sini berkonsepkan masakan pedas dan bagi yang tak tahan pedas tu memang tak sesuai. Tapi jangan risau kat sini juga ada hidangan lain yang mempunyai selera dan rasa yang unik. Maha makan pun dapat rasa kelainan yang ada dari hidangan makanan laut, makanan daging dan ayam semua menarik. Jom kita lihat menu2 yang sepecial di sini.

Hidangan kat sini popular dengan menu hidangan style keluarga macam makan2 kat kampung. Pelbagai lauk pauk yang boleh di pilih di makan dengan nasi putih. Antara yang Maha suka adalah hidangan Ayam Tuturuga dan juga Ayam Goreng Mentega. Kedua hidangan ayam ni tak pedas, macam Ayam Tuturuga ni masakan seperti masak lemak di Malaysia. Manakala Ayam Goreng Mentega adalah daging ayam di goreng garing dengan rasa mentega yang manis sedap.

Ayam Tuturuga

Ayam Goreng Mentega
Pada yang suka pedas memang kena cuba Sapi Rica-Rica. Hidangan daging yang di potong kecil di masak dengan rempah dan cili yang memang sangat pedas. Hidangan akan buat korang berpeluh satu badan dan melekat pedas ini di lidah. Tapi ia adalah hidangan yang sedap dan menarik buat Maha dan mesti korang cuba. Ada juga hidangan ini bersama daging ayam menarik juga.

Sapi Rica-Rica
Bagi korang yang suka makanan laut pula boleh cuba hidangan Cumi Cah Hitam dan juga Udang Woku. Cumi ni adalah sotong kalau kat Malaysia yang di masak dengan dakwat hitam dari sotong tu sendiri. Yang ini tak pedas dan menarik. Manakala Udang Woku pula adalah hidangan udang sambal yang agak pedas tapi korang akan dapat rasa kelainannya sendiri. Kalau nak makan hidangan yang berkuah sup boleh cuba Kuah Asam Marlin iaitu hidangan sup ikan tongkol. Kalau lihat macam masak singgang tapi ia lain kerana dpt rasa tomato dan juga daun sup. Sedap juga tapi tak pedas hehehe.

Cumi Cah Hitam

Udang Woku

Kuah Asam Marlin
Melengkap makanan tengahari korang mesti perlu ada sayur-sayuran sebab itu Maha pilih Sayur Campur dan juga Terong Saos Telur. Sayur campur ini ada sohun, sayur kacang, sayur karot, kentang, dan juga daging ayam dalam hidangan ini. Terung pula masakan terung goreng bersama dengan cili dan telur memang sedap bagi peminat terung.

Sayur Campur

Terong Saos Telur
Semua hidangan ini lengkap untuk korang makan sekeluarga 4 atau 5 orang. Memang cukup lah tak puas rasa kalau pada yang suka pedas. Tapi untuk hilangkan rasa pedas ini kenalah order minuman ais yang special. Kat sini ada ES Buah iaitu macam hidangan ABC tapi ada buah-buahan di dalamnya. Kalau minuman lain pun ada juga seperti jus Mangga dan jus Tembikai, dapat melegakan tekak yang tengah pedas hehehe..

ES Buah
Sumber dari blog makan Mahamahu.com
Asas Jahitan Dan Teknik Jahitan Kain
Pada entri kali ini, mari kita mengenali beberapa jenis jahitan yang boleh kita gunakan untuk menjahit fabrik. Ada berapa jenis jahitan kesemuanya? Ada perbezaan ke antara jahitan-jahitan tersebut? Jahitan mana yang paling kukuh?
Jahitan pada asasnya boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan berikut:
1. Jahitan Sementara

Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit. Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus. Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka. Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda. Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri. Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara yang halus.
2. Jahitan Penyambung
Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain. Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.
3. Jahitan Pengemas

Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet, lipatan atau mengemaskan tepi kain.
4. Jahitan Sulaman

Digunakan terutamanya untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan alat kelengkapan rumahtangga. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk memberi rupa dan kesan kepada motif. Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit. Pada asasnya semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih menarik. Antara contoh jahitan sulaman adalah seperti berikut:
Sumber daripada blog sifukreatif.blogspot.my
Subscribe to:
Posts (Atom)